CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Thursday, May 20, 2010

SLE(Sistem Lupus Eritematisus)

Apakah SLE?

Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)

  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

SLE adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh dan kadangkala penyakit ini boleh membawa maut.

Kebiasaannya, sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma tersebut.

Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza.

Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama. Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza.

Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca penyakit:
1. Disebabkan oleh sistem ketahanan badan yang tidak normal terutama berkaitan dengan hormon-hormon tertentu.
2. Bahan-bahan genetik yang bertindak sebagai agen penyebab kegagalan sistem imun.

Kecelaruan dan kegagalan sistem immune atau sistem ketahanan tubuh adalah kesan sakit SLE ini. Di dalam pengalaman penulis merawati pesakit-pesakit SLE, punca kepada kecelaruan dan kegagalan sistem ketahanan tubuh adalah disebabkan oleh gangguan halus iaitu sejenis jin. Ada sejenis jin yang menyerang pesakit-pesakit SLE ini dan ia selalunya menyerang otak dan urat saraf pesakit dan ini menyebabkan kecelaruan dan gangguan kepada sistem ketahanan tubuh.1. Di peringkat aktif SLE akan mnunjukkan tanda-tanda berikut:
- keletihan yang amat sangat
- demam yang tidak menentu
- pecah-pecah mulut
- selsema
- sakit bahagian kepala
- sakit sendi-sendi dan otot
- gangguan urat saraf
- kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet yang rendah

2. Tompok-tompok merah berbentuk seperti rama-rama mingkin timbul di pipi dan hidung

3. Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak

4. Kulit
- Menjadi ke merah-merahan terutama jika terdedah kepada cahaya matahari dan mudah beruam (photosensitive rash)
- Alah kepada ubat yang mangandungi sulfur atau penisilin
- Radang pada salur darah halus di dalam kulit boleh mengakibatkan tompok-tompok halus merah timbul di bahagian siku, jari tangan dan jari kaki (vaksulitis)
- Jari-jari menjadi pucat kebiru-biruan (fenomena Raymand) apabila terdedah pada kesejukan atau berlaku gangguan emosi

5. Rambut
- Keguguran rambut dalam masa beberapa bulan

6. Sendi-sendi
- Radang sendi pada pesakit yang teruk boleh menyebabkan kecacatan

7. Jantung dan paru-paru
- Gejala radang membran di bahagian jantung, paru-paru dan perut. Ia dikenali sebagai serositis
- Merasa sakit dada ketika menarik nafas

8. Otak
- Radang pada tisu-tisu otak boleh mengakibatkan kemurungan, sawan, perubahan sikap secara tiba-tiba, lemah sebelah tangan atau mirgain yang teruk

9. Buah pinggang
- SLE mengakibatkan sindrom refrotik, tekanan darah tinggi dan hematuria mikroskopik
- Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akut atau kronik

Komplikasi:
Kesan sampingan pengambilan steroid untuk menyembuhkan SLE
1. Peningkatan selera makan dan berat badan bertambah
2. Muka menjadi bulat dan peningkatan tisu lemak di leher dan bahu
3. Mudah mendapat lebam kulit dan luka lambat sembuh
4. Badan menjadi lebih berbulu
5. Jerawat
6. Lemah-lemah otot
7. Katarak
8. Kemurungan
9. Gastritis
10. Garam dan air akan berkumpul di dalam badan dan mengakibatkan badan bengkak
11. Tanda-tanda jangkitan pneumonia akan hilang
12. Tekanan darah tinggi
13. Osteoporosis terutama pada tulang belakang dan sendi pinggang

Langkah pencegahan kepada pesakit SLE:
1. Elakkan terkanan (stress) kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu sentiasa berfikiran positif.
2. Merokok meningkatkan risiko SLE.
3. Pengubahsuaian gaya hidup - diet yang bersesuaian, banyakkan senaman.

Guys...cousin aku kena SLE ni...orangnya cun..student UITM...marilah sama-sama kita doakan beliau sembuh segera dan dpt sambung kembali pengajiannya...Amin..

0 comments: