Hari ini aku terkenang saat aku bermanja-manja dengan mak. Aku suka tidur di pangkuan mak, atas peha mak sehinggalah ke hari ini saat aku juga bergelar mama, aku rindukan kehangatan peha itu. Berapa ramaikah antara kita yg tidak segan silu menunjukkan kasih kepada ibu? Adakah kita segan / malu saat berjalan berpimpinan tangan dengan ibu. Malukah kita jalan berpelukan dengan ibu seperti sepasang kekasih. Malukah kita mencium pipi ibu di khalayak ramai?
Saudara saudari sekalian...
Percayalah ibu kalian juga merindukan anda baring di pangkuaannya. Biarlah org kata anda anak manja.Biarlah org kata anda mengada-ngada, bukankah insan itu ibu anda sendiri,..biarkan mereka kata apa jua..hakikatnya mereka juga teringin saat itu,, cuma penghalangnya mereka segan, malu! Jangan! Jangan biarkan itu menghalang anda. Marilah ramai-ramai kita memeluk ibu saat pulang nanti. Baringlah atas pehanya sambil bercerita..Bagi mereka anda tetap anak kecil seperti dulu. Jgn Malu! Jgn Segan! Cintai Ibu anda kena syurga itu di bawah tapak kaki mereka.
Bagi yg telah pernah menderhaka pada ibu, melawan kata mereka, jgn bimbang seandainya andaiu di tolak. Kalau sukar mengucap maaf, peluk saja lah mereka, kucuplah pipi mereka, nescaya sejuk hati mereka. Maaf akan diutus dalam hati mereka, dalam senyap..
Bagi yg sudah bergelar ibu. Sukarnya mendidik anak..Anak degil, suka melawan. Sakitnya Hati. Kekadang ingin menyumpah seranah mereka. Jgn! kErana Doa anda sgt Dasyat di muka Bumi ini..Hanya katakan yg baik..usah tuturkan sumpah seranah anda..
Buku Ini sgt laris di pasaran.Bacalah! Pasti mengalir air mata anda keinsafan di saat anda merungkai isi buku ini. Klik untuk maklumat lanjut.
0 comments:
Post a Comment