CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Wednesday, June 16, 2010

37 minggu....

aku sekarang mengandung 37 minggu...due 4/7....cuma tinggal beberapa hari saja lagi...tapi ramai yang meramalkan aku akan bersalin awal...
takut?
ngeri?
tak sabar?
seram?
macam-macam...
sejak akhir-akhir ini aku makin kurang selera makan....rasa nak muntah...
kelmarin, sewaktu balik dari kenduri menyambut pengantin adikku...aku muntah di tengah jalan, terpaksa berhentikan kereta sebab nafas menjadi sesak dan panas..
kelam kabut keluarga sebab ingat aku dah nak bersalin..
perasaan aku bercelaru..Ya Allah..kuatkan semangatku..
semoga aku berjaya menyusukan anakku dengan susu badan sepenuhnya selama 6 bulan, dan diteruskan sehingga 2 tahun..impianku yang amat sangat...aku telah cuba menyediakan diri dengan ilmu penyusuan..dan pembelian pump yang dikatakan sangat efective-medela freestyle..
semoga pelaburanku tidak sia-sia..
semoga semamgatku tidak dipatahkan dan semoga aku tidak mudah patah semangat dengan org2 disekelilingku..
adakah aku kan sekuat maksu?semoga aku kuat kerana kau bimbang akan tumbang dengan keadaan, kesempitan masa, kesihatan dan org-org disekelilingku,....
semoga suamiku tersayang, Muhammad B. Saleh, Ibu dan ayahku tercinta, keluarga ku akan meyokong aku dan mengutkan semangatku...
bukan mudah..bukan mudah...bukan mudah meyakinkan org sekeliling...

0 comments: