CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Wednesday, May 26, 2010

Thanks hubby sayang...


Ha....nampak menyelerakan kan? semalam suamiku menyediakan ikan siakap kukus untukku...huhuh thanks sayang...dinda sayang pada kanda..chewahhhh!!!

bila balikaku mkn sikit je r..sbb mlm nak mkn dgn my hubby...daku masak telur dadar..tapi terhangit da...
sekali kantoi dgn my hubby even aku dah terbalikkan part yg hangit tu...sory syg...

Tuesday, May 25, 2010

explaination or explanation?

explaination ke explanation?
mana spelling yang betul...? ahahahha ramai yg eja explaination kan? kan? kan?
thanks kpd lecturer saya Mr Peter Johnson yg menyedarkan saya cara eja explanation yg betul...yg menyebabkan saya boleh detect wrong spelling dlm minute judge...

*hmm...i need your explanation please?

Tak puas hati...

situation 1:
customer: berapa harga buku ni adik?
penjual: 3- RM 10 kak
customer: kalau 1?
penjual: 1- RM 3.50
customer: RM 3.00 jer r ( ckp sambil beliak mata, n kerut2 dahi)
penjual : dah murah dah tu kak..luar harga RM3.95( sambil tunjuk harga yg mmg dah print kat buku tuh)
customer :huh!

Situasi 2 :
customer : berapa harga poster ni dik?
penjual: RM 5
customer: mahalnya..luar RM3 jer
penjual: harga mmg RM 5 kak. ni harga die(sambil tunjuk harga yg mmg siap print sekali dgn poster tuh)

Situasi 1 & 2 adalah perangai customer yg membeli di pasar malam...ironinyer....kalau kat supermarket main grab jer brg, x kisah murah mahal...tapi bila berdepan dgn peniaga bangsa sendiri...banyak benor pe-elnyer....please....jgn menjatuhkan bangsa sendiri...yg berniaga kais pagi mkn pagi..untung sikit2 ni..sebabnya mereka x mengambil stok dalam jumlah yg banyak mcm courts mammoth tu sebab x cukup modal, jd untungnya kecik jer..jgn lah merugikan mereka....siapa lagi nak bantu bangsa sendiri kalau bukan kita?

situasi 3:
customer tgh belek2 buku/ poster yg dijual secara kecil-kecilan di pasar mlm...sambil belek2 tanye kt anak
mak/bapak: ni apa?
anak: A
mak/bapak: ni?
anak : B
lepas tu pergi meninggalkan buku yg renyuk dikepak sbb nak ajar anak kat situ..
weh...ajar r anak kt rmh...hormati org nak niaga...ini bukan library..apo r...mengganggu customer lain..n merosakkan brg jualan...
kengkawan..please respect each other..
* p/s ini adalah entry meluahkan persaan yg kebosanan n x puas hati..sila abaikan kekasaran ayat n bahasa saya

Thursday, May 20, 2010

SLE(Sistem Lupus Eritematisus)

Apakah SLE?

Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)

  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

SLE adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh dan kadangkala penyakit ini boleh membawa maut.

Kebiasaannya, sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma tersebut.

Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza.

Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama. Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza.

Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca penyakit:
1. Disebabkan oleh sistem ketahanan badan yang tidak normal terutama berkaitan dengan hormon-hormon tertentu.
2. Bahan-bahan genetik yang bertindak sebagai agen penyebab kegagalan sistem imun.

Kecelaruan dan kegagalan sistem immune atau sistem ketahanan tubuh adalah kesan sakit SLE ini. Di dalam pengalaman penulis merawati pesakit-pesakit SLE, punca kepada kecelaruan dan kegagalan sistem ketahanan tubuh adalah disebabkan oleh gangguan halus iaitu sejenis jin. Ada sejenis jin yang menyerang pesakit-pesakit SLE ini dan ia selalunya menyerang otak dan urat saraf pesakit dan ini menyebabkan kecelaruan dan gangguan kepada sistem ketahanan tubuh.1. Di peringkat aktif SLE akan mnunjukkan tanda-tanda berikut:
- keletihan yang amat sangat
- demam yang tidak menentu
- pecah-pecah mulut
- selsema
- sakit bahagian kepala
- sakit sendi-sendi dan otot
- gangguan urat saraf
- kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet yang rendah

2. Tompok-tompok merah berbentuk seperti rama-rama mingkin timbul di pipi dan hidung

3. Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak

4. Kulit
- Menjadi ke merah-merahan terutama jika terdedah kepada cahaya matahari dan mudah beruam (photosensitive rash)
- Alah kepada ubat yang mangandungi sulfur atau penisilin
- Radang pada salur darah halus di dalam kulit boleh mengakibatkan tompok-tompok halus merah timbul di bahagian siku, jari tangan dan jari kaki (vaksulitis)
- Jari-jari menjadi pucat kebiru-biruan (fenomena Raymand) apabila terdedah pada kesejukan atau berlaku gangguan emosi

5. Rambut
- Keguguran rambut dalam masa beberapa bulan

6. Sendi-sendi
- Radang sendi pada pesakit yang teruk boleh menyebabkan kecacatan

7. Jantung dan paru-paru
- Gejala radang membran di bahagian jantung, paru-paru dan perut. Ia dikenali sebagai serositis
- Merasa sakit dada ketika menarik nafas

8. Otak
- Radang pada tisu-tisu otak boleh mengakibatkan kemurungan, sawan, perubahan sikap secara tiba-tiba, lemah sebelah tangan atau mirgain yang teruk

9. Buah pinggang
- SLE mengakibatkan sindrom refrotik, tekanan darah tinggi dan hematuria mikroskopik
- Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akut atau kronik

Komplikasi:
Kesan sampingan pengambilan steroid untuk menyembuhkan SLE
1. Peningkatan selera makan dan berat badan bertambah
2. Muka menjadi bulat dan peningkatan tisu lemak di leher dan bahu
3. Mudah mendapat lebam kulit dan luka lambat sembuh
4. Badan menjadi lebih berbulu
5. Jerawat
6. Lemah-lemah otot
7. Katarak
8. Kemurungan
9. Gastritis
10. Garam dan air akan berkumpul di dalam badan dan mengakibatkan badan bengkak
11. Tanda-tanda jangkitan pneumonia akan hilang
12. Tekanan darah tinggi
13. Osteoporosis terutama pada tulang belakang dan sendi pinggang

Langkah pencegahan kepada pesakit SLE:
1. Elakkan terkanan (stress) kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu sentiasa berfikiran positif.
2. Merokok meningkatkan risiko SLE.
3. Pengubahsuaian gaya hidup - diet yang bersesuaian, banyakkan senaman.

Guys...cousin aku kena SLE ni...orangnya cun..student UITM...marilah sama-sama kita doakan beliau sembuh segera dan dpt sambung kembali pengajiannya...Amin..

belajar tinggi tapi tak pandai......

Nak citer sikit pasal lawyer-lawyer kat tempat kj aku nih..dorang nih belajar tinggi2 tapi x pandai.....pelik betul aku....
senarai tak pandai dorang :
1. semalam masa aku gi surau time tengah hari, punya lah ramai lawyer pompuan melepak kt dlm tuh..x kisahlah...tapi boleh pulak dorang baring sambil angkat2 kaki tuh, sandarkan kaki tuh kt kabinet yg letak Al-Quran n beg solat staf2 kat sini...weh PK r sikit....beradab r sikit...klu dlm beg tuh ada kitab-kitab ker, surah yassin ker...patut ker korang buat camtuh...korang nih pompuan..beradab r sikit..buat cam kat rumah plak...pastuh sembang bukan main bising...hormat sikit org yang nak berehat time rehat tgh hari tuh..ramai yang penat bekerja sepanjang pagi perlukan rehat..yang ada anak kecik kena berjaga malam, suma nak curi masa ni untuk rehat...tolonglah HORMAT....ni gelak ketawa bagai...jangan r nanti sampai dikata org korang ni bukan perempaun tapi betina semata mcm dalam citer Musang Berjanggut tuh...

2. Suma kerja nak cepat! suka paksa2 orang dan perintah orang itu ini macam suma org bekerja bawah dia...kena r paham..sesuatu doc. tu selalunyer melibatkan banyak pihak....kalau pihak lain yang pegang doc. tuh mana boleh paksa orang lain yang x pegang doc. tuh buat kerja tuh...lain org lain r t/jawab dier...

3. kalau dapat jawapan yang x memuaskan hati suka ugut2 nak report r, nak itu r...keluarkan akta r...korang....kat sini ramai lagi yang lebih pandai dari korang..cuma dorang x bernasib baik nak kerja lebih besar dari korang..taraf pendidikan sama jerk....x payah nak blackmail org yer...

4. Banyak r laie...tapi malas aku nak tulis...Lu Pikir r Sendiri!...tapi bukan suma lawyer camtuh..ramai gak lawyer yang tau hormat n sopan santun gitu...

Wednesday, May 19, 2010

Siapa reka sejadah kita???

Hmmm siapa yang reka sejadah kita? Bangsa apa? Orang Islam ke?
Soalan ini selalu bermain kat kepala aku..sebabnya....cuba tgk sejadah tiap kali nak solat..
Macam-macam rekaan ada..tapi kebanyakkannya seoalah-olah membentuk wajah orang walaupun dari bunga-bunga..
betul tak? rasanya ramai yang perasan kan?
Perkara macam nimterjadi sebab sengaja ke atau tak sengaja? Mungkinkah itu taktik Yahudi untuk ganggu
tumpuan umat Islam masa solat? Mungkin tak??? siapa boleh bagi jawapan?

Monday, May 10, 2010

Oh Ibu.......

Selamat hari ibu..
buat mak yang tersayang..juga tak lupa buat ibu mertuaku...
sebenarnya sebelum tangan menyentuh keyboard nih...byk benda yg diucapkan..byk yg bermain di kepala...
tapi sekarang..semua dah melayang entah ke mana...lidah dan jari sama2 menjadi kaku...
aku kelu.....
skill menulis yang aku banggakan dulu bagai sudah mati kini..aku bukan lagi seorang penulis yang bijak merungkai jiwa...ayat2 ku kini lebih kepada ayat mati dang kadang-kadang tak tertulis ayat...padanlah sumai aku kata aku x romantik...


mak...sebenarnya banyak yang aku nak beritahu pada mak aku..tapi lidah aku kelu...aku banyak dosa dengan mak aku...aku tau mak sayangkan aku...harap mak maafkan aku..aku bukan nak ambil kesempatan atas kasih sayang mak aku...tapi harap mak ampun kan segala dosa aku...selamat hari ibu mak...mak aku yang sporting, yang gila2 gak macam aku...yang cantik..yang bergaya..yang menjadi kesayangan menantu n bakal menantunya..hahahahhaha
aku ingat lagi dulu......kalau aku nak periksa, aku akan minta mak bacakan surah yasin kat rumah..aku akan mintakan mak doakan aku..aku selalu minta macam tu sejak aku sekolah rendah sampai sekolah menengah...aku di dewan berjuang menjawab periksa..mak di rumah bertawakal doakan aku....tapi bila aku dah masuk U, dah kahwin..aku dah x minta mak buat mcm tu bila aku nak periksa...kenapa? bukan aku dah xnak restu mak ..tapi sebenarnya aku dah terlupa apa yang aku selalu minta mak buat dulu..lagipun aku malu..huhuh kenapa dengan aku..begitu pantas aku berubah mengatasi masa..padanlah aku cepat nampak tua... aku sedar...mungkin makin hari demi hari..mak semakin terasa kehilangan aku...kerana perubahan aku....ye...kalau boleh aku juga x ingin berubah....kerana aku juga kekadang terasa bagai kehilangan juga..
mak...mak akur bila aku kini bukan lagi miliknya seperti dulu..kini aku dah berkahwin...masa raya...masa cuti dan segalanya x dapat aku berikan padanya seperti dulu....perasaan aku...x dapat aku tumpukan, curahkan padanya seperti dulu..aku tahu mak rasa kehilangan..sudahlah aku SEORANG sahaja anak perempuannya..mak..maafkan aku...walau apapun yang berlaku..hati anakmu ini x pernah berubah...walau apapun yang berlaku...hatiku untukmu....huhuhuhuh gua sedey.....
aku ingat lagi dulu...mak x izinkan aku sambung belajar di mana2 ketika zaman persekolahan..asarama penuh ke...MRSM ke..mak x benarkan...sehinggalah masuk U,baru mak relakan aku pergi..dulu..rama yang bising dengan mak..kenapa buat macam tu....x siapa faham perasaan mak....nasib baik abah sokong mak..kini bila aku bakal jadi seorang ibu...aku mulai sedar mengapa..mak ingin berada bersama-sama anaknya selama yang boleh,,kasih sayangnya pada anak2 jauh..tinggi...dalam... dalam percaturan mak dan aku sendiri..seorang anak itu akan menjadi milik ibunya paling lama pun sehingga umur 18 tahun....selepas tu terpaksalah dilepaskan supaya dapat sambung pelajaran(takkan ke puncak gading pun nak dihalang walaupun berat) ataupun berkahwin....seandainya sebelum sampai umur 18 tahun anak dah berpisah dengan ibu...maknaya berapa lamalah masa yang dihabiskan bersama-sama anaknya...sedangkan pasangannya anaknya nanti akan bersama dengan anaknya lebih lama kalau berkekalan..ralau hati seorang ibu..hati aku juga.....no argument..lain oranglain pendapat..ini pendapat kami berdua..aku x pasti adakah aku akan apply benda yang sama pada anak2 ku nanti..tapi yang pastu....seoarang ibu x ingin berpisah dengan anaknya..
bayak kenangan bersama mak yang terpendam di hatiku..tapi biarlah kami berdua simpan....ketekunan mak mendidik aku sewaktu kecil...sifat jati diri yang mak berikan padaku...yang membuatkan aku sentiasa bagun semula setelah jatuh biarpun aku nampak lembik di mata kasar...segala-galanya adalah hasil campur aduk didikan mak..dan abah juga...aku ingat lagi abah pernah berkata pada suamiku dahulu...sifat aku adalah sama seperti ibuku....ya..mungkin juga betul..tapi ada yang tidak...mak penyabar..aku panas baran..mak lembut dan memahami orangnya...aku kasar, dan aku x memahami perasaan org lain..aku malas nak ambil tahu perasaaan orang lain...aku lebih pentingkan diri...aku suka mememndam masalah dalam kepala aku hinggalah meletup...aku jarang mengadu masalah hinggalah meletup..mak penuh emosi..aku juga...tapi aku ego dengan emosiku...suami aku kata aku keras kepala..ya...kami berdua(aku n suamiku sama2 keras kepala), tapi mak..nampak je keras...tapi lembut,,,mak...et sayang mak..
ini untuk mak..
sebenarnya banyak yang et nak britau mak....et rindukan mak...tapi nak balik kampung dalam keadaan perut memboyot ni...et rasa x larat plak...et malas nak ambil cuti...tapi et betul rindukan mak...bukan saja mak..adik2 n abah pun et rindu jugak...et takut juga kalau et terbersalin awal...et harap et dapat jumpa semua sebelum bersalin..et takut juga kalau kalah masa bersalin nanti...mak...et minta maaf dan ampun pada mak atas segala dosa yang et pernah lakukan pada mak selama ni...

Ibu mertuaku
Ibu mertuaku seorang yang penyabar...itulah sifat yang aku kagum dengannya....dia sabar dgn kerenah anak menantunya....dia lembut dalam mendidik anaknya..dia menjadipendengar yang setia pada anaknya...dia x mudah melatah atas kesalahan dan kesilapan yang dilakukan anak menantunya....
penyabarnya beliau sukar ditafsirkan...dan aku tahu aku tak akan mampu menjadi sepertinya...tak banyak yang mampu aku ucapkan kerana aku tak mampu luahkan...

Selamat hari Ibu buat ibu-ibuku...dan seluruh ibu(bukan 'ibu ayam') di dunia.....